Video

Agong belanja KFC untuk petugas media

Agong belanja KFC untuk petugas media
Petugas media yang 'bermukim' di depan Istana Negara - sesetengahnya seawal jam 8 pagi tadi - menerima kejutan petang ini.Sebentar tadi pegawai Istana Negara datang bersama dua beg berisi ayam goreng KFC, yang merupakan pemberian daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.Bagaimanapun kebanyakan petugas media - yang belum makan tengah hari - terpaksa bertahan untuk sementara kerana menunggu ketibaan Dr Mahathir Mohamad yang ketika itu dalam perjalan dari rumahnya di Seri Kembangan.