Video

Airmata iringi hari terakhir Wan Azizah di Putrajaya

Airmata iringi hari terakhir Wan Azizah di Putrajaya
Suasana pilu menyelubungi kakitangan warga kerja Pejabat Timbalan Perdana Menteri (TPM) dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) hari ini, apabila Dr Wan Azizah Wan Ismail datang menziarah mereka untuk mengucapkan selamat tinggal.Ini susulan pembatalan lantikan jawatannya semalam oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah seiring dengan peletakan jawatan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri.Bekas timbalan perdana menteri dan menteri itu kemudian memuat naik video di laman Facebooknya memaklumkan beliau menyantuni mereka sebelum mengundurkan diri."Khidmat dan jasa bakti mereka sepanjang saya menggalas amanah sangat saya hargai," kata Pengerusi Majlis Penasihat PKR itu.Beliau juga dilihat menitiskan air mata ketika memeluk dan menenangkan kakitangan yang bersedih dengan perpisahan itu