Video

Beg hantaran Foodpanda dijumpai dalam tong sampah

Beg hantaran Foodpanda dijumpai dalam tong sampah
Sekitar jam 4.30 petang hari ini, wartawan kiniTV singgah di ibu pejabat Foodpanda yang terletak di Southgate, Kuala Lumpur. Hasil temuan kami mendapati, beg hantaran merah jambu yang digunakan pekerja penghantar makanan Foodpanda berada di dalam tong sampah di lobi bawah ibupejabatnya.Juga tidak kelihatan mogok pekerja-pekerja, dan kelihatan keadaan di sekitarnya beroperasi seperti biasa. Tidak dapat dipastikan samada beg hantaran itu dibuang kerana protes pekerja kepada pengurusan Foodpanda atau beg yang rosak.Rata-rata wartawan kami mendapati beg-beg itu kelihatan dalam keadaan yang baik.